ahlan wa sahlan

Sunday, February 20, 2011

kawal marah sifat terpuji...

sabda rasulullah s.a.w bermaksud: "sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk mengenangkan diri atau sujud kepada Allah)."
(Riwayat al-Tarmizi)

Sifat marah merupakan antara sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sikap keji seperti dendam, dengki, sombong dan sebagainya. Biasanya, keadaan ini berlaku apabila seseorang itu hilang pertimbangan. Tambahan pula, ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai oleh syaitan. Jadi, kita haruslah bijak menilai dahulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan emosi kita semata-mata.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah:
1- Banyakkan berdiam diri dan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah
2- Jika kita marah dalam keadaan berdiri, eloklah kita duduk seketika. Hal ini kerana, denagn mengubah posisi ini, kita dapat mengalihkan perhatian kita sebentar, dan seterusnya dapat mengurangkan perasaan marah.
3- Ambillah wuduk.
4- Bacalah ayat Kursi dan hembuskan di sebelah kiri bahu.

Banyakkanlah bersabar. Lebih mulia dan besar ganjarannya apabila kita banyak bersabar dan banyak keburukannya sekiranya kita gagal mengawal perasaan marah.

Waallahualam...