ahlan wa sahlan

Monday, November 28, 2011

ahlan wa sahlan ya muharram..=)

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...=)


dikesempatan ini farah nk ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah...maal hijrah..=)
semoga tahun ini diberkati oleh allah dalam apa jua urusan dan diberikan kesihatan yg baik..

mudah2an amalan kebaikan juga bertambah..=)

syukran!

assalamalaikum...



Wednesday, November 16, 2011

tanpa tajuk


bismillahrirrahmairrahim...

assalamualaikum...

hari ni mmg x tfikir nk buat n3 baru...tapi tgn mmg tgh ligat nk mnaip..huhu..

gamba kek kt ats 2 mmg sedap...tah mcm mne boleh sesat dlm pic folder..huhuhuhu..coklat kt atas kek 2 mmg buat farah rase nk makan..huhu..waduh...bahaye tgk pic makanan time malam2 mcm ni...ye lah...t tau lapar n nk makan je...hehe...

k lah..

hehehe

assalamualaikum

Tuesday, November 15, 2011

sihat selalu yuk!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

hari ni farah nk kongsi pasal bab pemakanan...biase x kalau da abes makan x minum..even time makan pn x minum langsung n cume akan minum air, 30 minit lepas habis makan???

farah pn jarang buat sebenarnya...tp pernah la sekali dua...hehehe...yg selebihnya farah akn minum air lepas abes makan...xde nk tunggu 30 minit...hehehe...tp mgkn lepas nie nk bjinak-jinak amalkan kot...*perhaps*...hehehe

ok2, berbalik kepada topik...merujuk pakar pemakanan, kalau kita makan dengan perlahan (x gelojoh, beradab, sopan gitu) n kita nikmati makanan 2, sebenarnya boleh mengurangkan tekanan,,,..hehehe...ape x nye, kalau makan laju2, tentunya makanan x hadam dan seterusnya boleh menyebabkan sakit perut, sakit ulu hati lah, senak lah n macam2 lagi,,,..hehehe..kn?kn?

kalau makan dengan perlahan nie jugak dapat mengurangkan berat badan..sebab bila kita makan dengan perlahan, jumlah makanan yg kita ambil 2 pn terkawal..makan dengan perlahan dapat merangsang pengeluaran air liur yg mengandungi sejenis enzim untuk membantu proses penghadaman...

lagipun, Nabi Muhammad S.A.W pn turut mengajar kita makan dengan kunyah 40 kali..da tentu2 kalau kita ikut dapat pahala d samping kesihatan terjaga...hehehe...



tapi jgn pulak ikut contoh gambar yg atas ni...hehehehe... 

k lah..

assalamualaikum...

p/s: angan2 nk jadi dietitian x kesampaian jadi dietitian diri sendiri ok la tu...hehe...


Friday, November 4, 2011

alhamdulillah...

bismillahirrahmanirrahim...

the best word today is aLhamduLiLLah... =)

aLhamduLiLLah, syukur masih di beri peluang untuk bernafas lg hari ni...


aLhamduLiLLah...syukur untuk semua nya...

assalamualaikum w.r.t..



Thursday, November 3, 2011

minuscule comel!!!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.r.t..

hari ni farah nk buat n3 pasal 1 kartun ni yang da buat farah jatuh cinta hati tgknye...hehe..title kartun ni Minuscule the series..Chomel je kartunnye..


kalau tgk drpd gambar kt atas ni sume gambar serangga..sbb kartun ni mmg bkisarkan pasal srangga2 2..ehe..

farah sertakan skali vdeo minuscule k



farah rase kartun ni da klaka da n dpt la bantu legakan sket kejang otak serabut kt kepala ngan assgmnt n macam2 ragam yg lain..hehe..owh ye..sape kate kartun untuk bdk kck je???ramai je yg da lanjut usia (hehe) tgk kartun lg kadang2..lgpn, bnd nie cume selingan je..tgk kartun just 2 have fun n relaxation kn...wah gitu..

owh ye..nie lg 1 kartun yg mmg farah akn tgk kalau2 kepala farah da serabut ngan assgmnt...


hehe..mmg boley kejang gusi jgk lah dok bgelak ngan kartun ni,,,hehehe...

ok lah...rasenye nk stop kt sini dlu..

syukran!

assalamualaikum w.r.t... =)


Thursday, August 4, 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

alt

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Monday, August 1, 2011

indahnya ramaDhan

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.r.t...

hari ni bermula lah 1 Ramadhan bg tahun 1432 hijrah...fara nk crita pasal 1st tarawih td...uish, ramai sgt dkt P.I(pusat islam) td..sronok sgt bila dpt solat ramai2, apatah lagi dapat buat 1st tarawih nie...hehe..mudah2an dapat buat lagi untuk hari2 sterusnya...


tapi, yg x sronoknye lepas je habis imam bace doa solat tarawih 2, ramai yg balik...tkejut fara...dlm hati dok tpikir, awat diowg x buat witir???hmmm, mgkn diowg nk cepat kowt....n buat witir kt bilik je...xpelah...nk buat mcm mne kn...huhu..

eh, xpelah...mse utk tidur!!!!hehehe...sat lg nk bgn sahur pulak...

slamat berpuase!!!!

assalamualaikum w.r.t.....

Saturday, July 30, 2011

~~quotations

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.r.t....


Sblm ni fara ada ckp pasal quotations yg dlm the secret hari tu…ok, nie antara quotations yg fara nk kongsi :

# we are like magnet—like attracts like. You become and attract what you think.
# people think about what they don’t want and attract more of the same
# your thoughts cause your feelings
# you get exactly what you are feeling
# an affirmative thought is 100 times more powerful than negative one
# no one else can think or feel for you, it’s you, only you!



So, nk d pendekkan crite, tgk la documentary film nie…hehehe..

Sekian….

Assalamualaikum w.r.t…






Monday, July 25, 2011

LaLaLaLus...

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.r.t....

fara nk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua umat islam di dunia ni...hehehe...

wassalam...

assalamualaikum w.r.t...



Tuesday, July 12, 2011

~the law of attraction~

bismillahirrahmairrahim...

ttbe fara teringat pasal crite 'The Secret'...


documentary film yg boleh bangkitkan semangat n bfikir secara positif...

ok, nie antara quotations yang fara nk share kt sini...

1. whatever is going on in your mind is what you are attracting ;

ok, bile kita berfikir secara positif ataupun sebaliknya, kita sebenarnya merancang ke arah itu..sebagai contoh, bila kita nampak kawasan gelap n terfikir takut nk lalu kawasan 2...perasaan seram + takut bermain dlm fikiran...oleh sbb kita berfikir ke arah takut + seram, maka bila kita cuba lalu kawasan gelap tersebut, mula lah kita rasa semacam....n that's the powerful of thought.. =)


nnt sambung k....
daaa...
ma'assalamah...

assalamualaikum....
La tahzan...Allah is aLways there...

Wednesday, July 6, 2011

Ya Rabb

bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...kuatkanlah hati hamba-Mu ini..........

Saturday, July 2, 2011

Bukan Hanya Lafaz Bicara

Bukan Hanya Lafaz Bicara | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)
Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta. Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet, bacalah berita di akhbar dan majalah.
Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja? Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban. Hanya kerana cinta, manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya. Bukankah sejak di awal usia, kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?
Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya, dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )
Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia. Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah, cinta kita kepada Rasul, cinta kita kepada Islam, dan cinta kita kepada ibu bapa?
Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan. Percayalah, setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripadaMu.Tuntunlah hati ini untuk mengenali cintaMu, mendahulukan cintaMu, dan tidak menduakan cintaMu.
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.

Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah, adalah cinta yang agung dan suci. Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran, ujian iman, dan ketaqwaan. Cintailah Allah, dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.
Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

Saturday, June 25, 2011

DOA PERPISAHAN

Pertemuan kita disuatu hari menitikan ukhwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi diatas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua
Kan ku utuskan salam ingatan ku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu mencari hidayah daripada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

Tuhan…betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini…pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama…semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini…teruskan perjuangan…

Kan ku utuskan salam ingatan ku dalam doa kudusku sepanjang waktu
Senyuman yang tersirat di bibirmu menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga tuhan memberkatimu…
Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.r.t…
C.I.N.T.A.

Jika kita luahkan perasaan cinta terhadap seseorang yang kita sayang, blm tentu insan itu ada perasaan yang sama dengan kita…kadang kala, ada orang hanya bertepuk sebelah tangan, ada pulak yang cinta kerana ada niat yang x baik ataupun sebaliknya…hakikatnya, susah untuk mencari CINTA yang sejati…tapi, kita hanyalah  insan biasa, yang lemah pada segala kelalaian hidup di dunia…kita, sebagai hamba-Nya di bumi ini sepatutnya hidup dalam mencari keredhaanNya…tapi, dunia kini semakin sampai ke penghujungnya,..sebelum kita terlambat, marilah kita ramai2 mencari CINTA yang hakiki,..iaitu cinta yang terlalu mulia diantara Maha Pencipta dengan umat-Nya..CINTA kepada Allah, hendaklah melebihi segala perasaan cinta di dunia..cinta kepada Allah, kelak mendapat kebahagiaan yang tiada penghujungnya..yuk, mari sama2 mencari Cinta pada yang Esa…




Waallahualam..

Assalamualaikum w.r.t…

Sunday, February 20, 2011

kawal marah sifat terpuji...

sabda rasulullah s.a.w bermaksud: "sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk mengenangkan diri atau sujud kepada Allah)."
(Riwayat al-Tarmizi)

Sifat marah merupakan antara sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sikap keji seperti dendam, dengki, sombong dan sebagainya. Biasanya, keadaan ini berlaku apabila seseorang itu hilang pertimbangan. Tambahan pula, ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai oleh syaitan. Jadi, kita haruslah bijak menilai dahulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan emosi kita semata-mata.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah:
1- Banyakkan berdiam diri dan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah
2- Jika kita marah dalam keadaan berdiri, eloklah kita duduk seketika. Hal ini kerana, denagn mengubah posisi ini, kita dapat mengalihkan perhatian kita sebentar, dan seterusnya dapat mengurangkan perasaan marah.
3- Ambillah wuduk.
4- Bacalah ayat Kursi dan hembuskan di sebelah kiri bahu.

Banyakkanlah bersabar. Lebih mulia dan besar ganjarannya apabila kita banyak bersabar dan banyak keburukannya sekiranya kita gagal mengawal perasaan marah.

Waallahualam...